Monday, 31 December 2018

BEKAM GOUT DI SKUDAI, KULAI, JOHOR BAHRU DAN SEKITARNYA

Assalamualaikum tuan-tuan.

GOUT adalah penyakit yg biasa dialami oleh rakyat Malaysia. Ia berlaku kerana berlakunya pengumpulan urik asid di bahagian sendi-sendi terutamanya di kaki, ada juga yg terkumpul di lutut, dan tangan. Ia ada beberapa tahap sebelum seseorang pesakit di sahkan menghidap GOUT.

Tahap pertama adalah mulanya rasa lenguh-lenguh yang amat sangat di bahagian sendi.
Tahap kedua adalah rasa mencucuk-cucuk di bahagian sendi, Ini menandakan urik asid sudah berkumpul dengan banyak. Ia dapat dipastikan dgn bangun sahaja dari tidur jejak kaki atas lantai, rasa mencucuk-cucuk dengan jarum. Maka berwaspadalah dengan simptom ini.
Tahap ketiga, jika dibiarkan urik asid yg terkumpul akan mula membentuk cristal seperti dalam gambar di bawah. Dan mula membengkak dibahagian sendi.
Tahap keempat, ia mula merebak ke sendi-sendi yang lain.

Jika dibiarkan GOUT ini akan melarat,

Apakah punca terhasilnya urik asid..???

Urik asid terhasil dari kekurangannya fungsi organ buah pinggang. Ia perkara normal kpd yang tidak mengamalkan diet seimbang dan pemakanan sihat. Buah pinggang  berfungsi untuk menapis dan memproses darah, Bila buah pinggang  gagal utk menapis protien berlebihan dalam darah, maka terhasillah dan terlepaslah urik asid dlm darah. Maka mulalah kisah GOUT.

Bagaimana cara utk mengelakkan GOUT ini berlaku.??

1. Amalkan pemakanan seimbang
2. Amalkan senaman berkala
3. Jaga buah pinggang..


Bagaimana cara utk menjaga buah pinggang?

1. Banyakkan minum air kosong.
2, Jangan terlalu bergantung kpd ubat berbahaya yg berkimia krn ia meyukarkan utk diproses oleh buah pinggang.
3. BEKAM sunnah

Bila menceritakan BEKAM sunnah bermaksud BEKAM darah tau, bukan BEKAM angin tau.

Carilah juruBEKAM professional utk BEKAM di point-point sunnah dan point buah pinggang dan sendi seperti kaki, lutut dan tangan yg dirasai sakit kerana terkumpul urik asid sebagai pencegahan kpd GOUT.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi juruBEKAM HAZIQ (013 6526515)



Khidmat BEKAM ke rumah customer disediakan di kawasan berdekatan JOHOR BAHRU, SKUDAI, KULAI, GELANG PATAH, PASIR GUDANG dan KOTA TINGGI.





Wednesday, 11 July 2018

LEMAH TENAGA BATIN LELAKI_SEMBUH DENGAN BEKAM

Lemah tenaga batin berpunca dari beberapa sebab, seperti masalah jantung yang tidak disedari, darah tinggi dan kencing manis, kebanyakannya mampu dirawat.
Punca masalah lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh psikologi atau fisikologi. Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakannya boleh dirawat. Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi; dan ini sering kali boleh diatasi. Dalam masaalah mati pucuk psikologi, terdapat kesan plasebo yang jelas.
Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor berkenaan kesan sampingan tersebut, sebelum memula mengambilnya.
๐Ÿšจ๐Ÿšจ๐Ÿšจ๐Ÿšฆ๐ŸšฆTanda Tanda Awal Masalah:
Terdapat 4 jenis mati pucuk dan di senaraikan di bawah ini bagi menambah pengetahuan anda. ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃSila AMBIL PERHATIAN sekiranya ANDA mengalaminya :
1๐Ÿ˜ข. Zakar langsung tidak mampu menegang. Ia adalah jenis mati pucuk yang gawat dan biasanya berlaku pada kadar 1 dalam 100 lelaki. Ia mati pucuk yang paling di takuti lelaki.
2๐Ÿ˜จ. Zakar lembik dan tidak berupaya senggama. Mani keluar sebelum senggama. Ia adalah jenis mati pucuk yang mendukacitakan. Ia biasa di ubati dan mungkin boleh berpunca dari amalan pemakanan serta kesan psikologi dan penyakit tua.
3๐Ÿ˜ฉ. Zakar tegang tetapi tidak boleh memancutkan mani. Ia juga termasuk mati pucuk, bukan tanda lelaki itu kuat tenaga batin. Lelaki terpaksa berhenti senggama kerana keletihan dan kejerihan.
4๐Ÿ˜ณ. Zakar yang tidak tegang seperti biasa. Ia juga adalah jenis mati pucuk. Ada yang mengelarnya sebagai lemah syahwat atau lemah tenaga batin. Jenis ini akan di hadapi oleh semua lelaki.
๐Ÿ˜ทRawatan:
Rawatan bergantung kepada punca. Tambahan testosterone boleh digunakan bagi kes disebabkan kekurangan hormon. Bagaimanapun, punca sebenar kemungkinannya disebabkan kekurangan bekalan darah pada zakar disebabkan kerosakan lapik dalam urat darah. Kerosakan ini lebih kerap pada lelaki berusia, dan sering kali dikaitkan dengan penyakit, terutama kencing manis, kesan akibat merokok, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
๐Ÿ˜ŽBekam antara alternatif terbaik dan cepat untuk membaiki peredaran darah. Pesakit akan dibekam pada titik-titik bekam yang akan membuang angin dan memecahkan lendir yang terdapat pada titik saraf yang mengganggu peredaran darah ke zakar. Membuka laluan darah yg lebih besar supaya darah lebih lancar ke zakar. Berbekam pada titik bekam tertentu pada bahagian pinggang dan punggung juga akan merangsang penghasilan hormon testostrone secara semulajadi berbanding dengan penggunaan ubatan.



Hubungi jurubekam kami utk berbekam di talian 013 6526515.

Sunday, 6 May 2018

Garis Panduan Bekam oleh KKM



Penyakit berjangkit dari darah bekam.

Sebagai juru bekam profesional, kami menjaga profesion kami agar pelanggang gembira dengan service kami. Terutama hal yang berkaitan kebersihan cup dan jarum yang digunakan mestilah jarum pakai buang.

Pihak KKM melalui Unit Perubatan Tradisional & Komplimentari telah mengeluarkan garis panduan bekam. Antaranya:

1) Peralatan untuk berbekam

a. Alat bekam - cawan

Cawan bekam tanpa perlu memanaskan udara sebelum diaplikasikan kepada pelanggan.

Cawanโ€“cawan ini perlu disterilkan selepas setiap sesi rawatan, dan cawan yang sama tidak boleh tidak boleh digunakan pada tempat yang berbeza atau pada pelanggan yang lain.
Pastikan saiz cawan adalah bersesuaian dengan tempat yang akan diaplikasikan.

b. Lanset steril/ jarum pakai buang
Hanya lanset pakai buang sahaja yang digunakan untuk menoreh kulit semasa prosedur bekam basah dilakukan.
.
2) Amalan baik langkah berjaga-jaga

a. Pengamal dikehendaki memastikan standard langkah berjaga-jaga dalam penjagaan kesihatan sentiasa diikuti pada setiap masa dan semua pengurusan sisa klinikal perlulah mematuhi garis panduan pengurusan sisa klinikal (rujuk pada Garis Panduan Mengurus Sisa Klinikal di Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, 2009)

b. Bagi memastikan bahagian badan yang digunakan untuk rawatan bekam basah tidak

dijangkiti kuman, pengamal perlulah menggunakan lanset steril pakai buang.

c. Permukaan kulit di bahagian badan yang akan digunakan untuk bekam basah perlu dibersihkan terlebih dahulu dengan 70% isopropyl alcohol dan dibiarkan kering sebelum membuat torehan.


d. Semua peralatan bekam perlu dicuci hama dan disterilkan mengikut kaedah pensterilan dan disinfeksi yang bersesuaian sebelum digunakan pada pesakit.

e. Pengamal dikehendaki menggunakan peralatan perlindungan peribadi terutamanya sarung tangan semasa prosedur rawatan dan mesti memastikan tahap kebersihan diri sentiasa dijaga.

Justeru itu, kami dari pihak Pusat Bekam JB akan berusaha sebaiknya untuk menjaga kebersihan peralatan bekam untuk keselesaan dan kepuasan pelanggan kami.

Berminat untuk berbekam sila hubungi jurubekam kami di talian 013 652 6515
Kami juga menawarkan perkhidmatan bekam dan urut ke rumah anda.



Harga berbekam adalah seperti berikut,


Bekam
10 cup- RM50
20 cup- RM75
30 cup- RM100

Urut
30min- RM40
60min- Rm60


KEPUASAN SERVICE ADALAH KEUTAMAAN KAMI

Terima Kasih

Monday, 30 April 2018

10 Titik Wajib Bekam

Assalamualaikum,
Bekam adalah rawatan dan pencegahan penyakit yg menggunakan teknik penyingkiran darah kotor dan toksin dalam badan. Ia adalah rawatan sunnah. Terdapat beberapa titik yang amat penting jika anda berbekam, maksudnya jika anda berbekam tapi tidak bekam di kawasan itu seperti tidak lengkap anda berbekam. Di sini saya share 10 kawasan wajib bekam utk masalah major seperti dalam gambar.



Kami dari Pusat Bekam JB menawarkan harga yang amat rendah utk 10 cup di point wajib bekam dgn harga serendah RM50.

Kami juga membuat rawatan bekam ke rumah anda di area JB, Kempas, Tampoi, Skudai, Tmn U, Mutiara Rini dan sekitarnya.

Berminat boleh whatsapp kami di 013 6526515.

Saturday, 21 October 2017

Istiqamah Itu Bukan Mudah

Bismillah,

Lama tak menulis, bertahun meninggalkan alam blogger, last post tahun 2014, tiga tahun lepas, masa tu baru habis degree, tiada tanggung jawab sangat, boleh fokus dengan tarbiyyah dan dakwah. Dalam seminggu tiap-tiap malam pasti penuh dengan perkara berfaedah, ikut usrah, bawa usrah, join program daurah dan lain-lain. Rasa seronok sgt bila dapat penuhi masa lapang dgn perkara berfaedah. Sebab aku tahu ada hadis dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: โ€œRebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.โ€ (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Masa lapang sebelum masa sibuk, oleh itu aku berusaha bersungguh-sungguh memanfaatkan masa lapang ku. Selagi belum ada tanggung jawab ni buat la sehabis baik utk tarbiyyah dan dakwah.

Dan sampai suatu masa pastu kita kene move on dari zaman degree, mula mencari kerja tetap, kemudian mencari pasangan hidup. Ujian dan mehnah-mehnah sebagai manusia pasti ada. Ujian pertama, dapat kerja tak semestinya kerja itu sesuai dengan diri kita, banyak perkara kene consider, suasana kerja, politik di tempat kerja, perangai boss, perangan ofismate, gaji juga ada besar ada kecik. So ada lah beberapa kali aku melompat kerja, First kerja dpt kerja offshore, tp suasana kerja tak best, duk laut jer, jarang-jarang duk darat, ditambah pula politik tempat kerja, usrah mmg tak dapat nk pergi la, org kata biasalah kerja nk cari duit, gaji besar pastilah ada perkara lain yg perlu dikorbankan, iaitu tak hadir usrah berbulan-bulan. So aku decide utk cari kerja lain, then alhamdulillah dapat kerja di Singapura hingga hari ini, Kerja ok, at least duk darat, gaji better compared to Malaysia, tp tiap-tiap hari kene redah jam pergi dan balik, Aku naik motor sbb Vehicle Entry Permit (VEP) murah dlm 4SGD (RM12) compared to naik kereta tiap-tiap hari spend dlm 40SGD termasuk tol. So tiap-tiap harilah aku meredah selautan asap dari exzos motor, tolak motor 3-4 km utk mencari rezeki. Alhamdulillah dapat istiqamah hadir usrah tiap-tiap minggu. Dengan hadir usrahlah, akan ada yg memberi peringatan utk sentiasa menjaga iman, jaga amal fardhi. Biasalah manusia mudah lupa, so kene ada yg sudi mengingatkan dan tarik balik ke jalan yg benar jika terlupa.



Ujian kedua adalah ujian alam perkahwinan, bagi pemuda bujang rumah tangga adalah alam amat diidam-idamkan. Standart lah tengok yg seronok jer, ujian belum rasa. Batul muslim harus dibina "For The Sake Of Allah". Kene selalu perbetulkan niat, dalam apa-apa lah semuanya kerana Allah, dan Allah lah sebaik-baik perancang. Bila kene ujian ingatlah kenapa kahwin, muhasabah balik. Ujian macam-macam. Ujian duit lah common thing yg membuat ayah-ayah terasa hati ni mcm kene himpit, sebagai ketua keluarga kita nak beri yg terbaik buat family tersayang. Itu belum lagi conflik rumah tanggah. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini lagi kan orang yg kita baru-baru nak taaruf budi pekertinya. Apa yg disuka, apa yg tak disuka. Nasihat terbaik yg aku terima dari rakan seperjuangan pada hari pernikahanku adalah selamat bersabar. Kini aku mula memahami apa maksud nasihat itu. Dengan bersabar utk sustain dalam gerabak tarbiyah dan dakwah. Dengan hadirnya anak-anak yg comel juga membuat aku rasa berat cabaran. Ini masih kecil, bila bertambah umur, berbeza pula cabarannya. Cabaran utk membawa keluarga tersayang dalam suasana biah solehah. Sebagai ketua keluarga kita harus tunjuk contoh yg terbaik utk isteri dan anak-anak. Qiamullail, solat subuh berjamaah dan tadabbur quran menjadi indicator iman yg harus dimuhasabah tiap-tiap hari. 

Semoga Allah mengampuni dosa-dosaku, isteriku, anak-anakku, ibu bapaku, ibu bapa mertuaku. Berikanlah rahmat kasih sayang Mu kepada keluargaku. Istiqamahkan lah hati-hati ini dalam jalan Islam. 

Saturday, 14 February 2015

Hidup seorang pendosa

Bismillah, Alhamdulillah. Setelah lama blog ini membeku tanpa diisi. Mungkin sebab da masuk alam kerja ni selalu buat-buat sibuk sampai tiada masa utk menulis. Mungkin itu hanya alasan aku sebagai insan yg tak berapa nk pandai urus masa.

Ops, cukup la aku mengarut. Hari ni alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk menulis.

Pendosa ini peringatan buat aku terutamanya. Aku seorang pendosa yg selalu banyak buat dosa.

Tiap-tiap hari betapa banyaknya kita buat dosa. Mungkin depan orang lain kita dilihat soleh dan dicop sbg budak baik. Aktif dgn program-program agama, jadi budak usrah, selalu g masjid. Alhamdulillah kerana terpilih untuk terlibat dgn hal-hal yg berkaitan dengan aktiviti agama. Tp, bagaimana keadaan kita bila tiada manusia melihat, bila hanya Allah sebagai saksi. Susah bukan untuk tetap menjaga kualiti amal. Depan manusia kita kelihatan terlalu bersungguh-sungguh beramal. Itu sudah bagus, Tapi usaha juga untuk maintain kualiti amal tanpa dilihat manusia. Itulah Ihsan seperti yg dibincangkan dalam hadis ke2 dari hadis 40 Imam Nawawi. Buat yg terbaik dengan membayangkan Allah SWT memerhati semua amalam kita samaada dihadapan manusia atau tanpa manusia.



ูˆูŽู‚ูู„ู ุงุนู’ู…ูŽู„ููˆุง ููŽุณูŽูŠูŽุฑูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู…ูŽู„ูŽูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุณููˆู„ูู‡ู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ููˆู†ูŽ

โ€Dan Katakanlah: โ€œBekerjalah kamu, Maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakanโ€. (At-Taubah:105)


Yang pastinya Allah itu maha penyayang lagi maha pengampun. Allah amat suka bila kita meminta kepada-Nya. Mintalah ampun kepada-Nya. Moga Allah mengampun dosa-dosa kita. Yang penting beramallah dengan amal yang terbaik ikhlas demi mendapat redho Allah.






Akhir kata, peringatan ini terutama buat diri ini yang menggunung dosa. Wallahu'lam. 

Saturday, 21 December 2013

Menjadi muslim itu kebanggaanku.!!







Bismillah. Salam.


Hari ini aku nak share pengalaman aku mencari kebenaran. Alam jahiliyah, alam mengarut, alam enjoy. Siyes mula-mula nak buat benda-benda mengarut ni mmg best. Lagi pulak mengarut beramai-ramai. Biasala, benda-benda mengarut ni mmg ramai geng. Ops. Benda apa itu seharusnya tidak diceritakan. Benda tak elok tak perlu la nk bagitau. Jgn nk buka aib sendiri. Haha. Tapi, faham-faham saja la. Apa-apa pon lama kelamaan dalam jahiliyah ini aku rasa something wrong. Apa benda jer yang belum settle. Sampaikan suatu saat aku rasa bosan buat benda-benda mengarut. Alhamdulillah, Allah pilih aku utk merasa bosan dengan jahiliyah. Bertahun jugalah aku mencari kebenaran, benda apa yang tidak settle tu. Dan akhirnya, syukur Alhamdulillah aku jumpa. Aku sedar yang aku ada Allah yang maha besar untuk aku mengabdikan diri. Aku dijadikan dengan bersebab. Tujuan penciptaan manusia adalah untuk menjadi Muslim.



Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (62:10)



Alhamdulillah. dalam mencari kebenaran itu, aku menjumpai jalan dakwah dan tarbiyah. Iaitu "Perbaiki dirimu dan serulah orang lain'.


Allah pelindung orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan kufuran kepada cahaya keimanan. (2:257)


Melalui jalan ini, aku mengenal adden. Aku mula memahami kesyumulan Islam. Kesyumulan yang memayungi tiap muslim. Kesyumulan yang membawa solusi kepada semua masalah umat. Segala kebejatan akhlak hanya dapat di rawat dengan kembali kepada Islam yang menyeluruh dan bukannya Islam yang separuh-separuh. Eh apa pulak Islam separuh-separuh ni.?? Islam main-main la. Sekejap baik, sekejap jahat. Ada masanya nk ikut suruhan Allah dan di masa yang lain pulak nk buat larangan Allah. Suka hati la tinggal solat. Boleh ambik rasuah. Boleh tindas orang yang lemah. Bagaimana Islam yang nabi saw bawa, begitulah Islam yang harus kita praktikkan.





Selain itu, pada pendapat aku la, Antara perkara yang memang best dalam jalan ini adalah aku mula mengenal erti ukhwah. Betapa perlunya tiap muslim untuk berukhwah kerana Allah. Bukannya berkawan sebab member tu hanya kawan sekelas atau sekerja. Kerana ukhwah fi sabilillah itu akan melahirkan mahabbah iaitu kasih sayang. Dan kasih sayang itu yang akan melahirkan kemanisan Iman. Sumpah bukan senang nak dapat kemanisan iman. Melalui hadis Halawatul Iman (kemanisan iman) ada tiga perkara yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kelazatan iman. Korang boleh Google sendiri untuk mendapatkan keseluruhan hadis. Salah satu antaranya adalah mencintai seseorang hanya kerana Allah. Bagi aku la, ukhwah fi sabilillah itu adalah aku sayang seseorang sampaikan aku nak masuk syurga sama-sama dan aku tak nak sahabat aku masuk meraka. Senang cerita, dalam jalan tarbiyah ini aku akan sentiasa dibimbing, di tegur jika membuat salah. Dan teguran itu bukanlah saja-saja nak mencari salah, tp teguran untuk sama-sama perbaiki diri. Siyes bukan senang kot nk jumpa sahabat yang sanggup datang bilik untuk bangunkan kita supaya solat subuh berjamaah sama-sama. 








Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah dari Rasulullah , beliau bersabda:
Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. (Riwayat Bukhori dan Muslim) 


Mencintai sahabat, semoga kita tergolong sebagai orang yang benar-benar beriman. Setinggi-tinggi ukhwah adalah Itsar dan serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada. Itsar itu apa eh.? Boleh Google eh utk mendapatkan menerangan yang panjang lebar. Haha Dan dijalan ini, dalam dakapan ukhwah kami bersama-sama berusrah, berdaurah, bermukhiyam dan lain-lain. Nak tahu keseronokan tarbiyah, kene join sendiri la. Haha.





Perbaiki diri kamu dan serulah orang lain. Ia adalah kata-kata Iman Hassan al Banna. Persiapkan diri kamu dengan tarbiyah yang mantap dan serulah masyarakat kepada kebaikan dan kebenaran.


Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (41:33)


Sat-sat, jawap soalan ni dulu. Apakah perbezaan islam dan Islam.?? Apakah perbezaan muslim dan Muslim?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Haha. Muslim huruf kecil dan muslim huruf besar. Ia menunjuk perbezaan antara kata kerja dan kata nama. Seharusnya penggunaan mana yang lebih tepat bagi penggunaan 'I' atau 'i' bagi perkataan Islam.? Once, kita mengucap kata-kata syahadah, kita dengan sah adalah muslim yang perlu bekerja. Bekerja untuk apa.. bekerja Islamlah. menyampaikan kebenaran al haq. Ammar ma'ruf dan nahi mungkar. Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah persuruh Allah. Kita lihat bagaimana sahabat mamahami erti syahadah itu. Para sahabat berjihad dan berdakwah keluar dari Mekah dan Madinah. Saad bin Abi Waqas syahid di Guangzhou, China, Abu Ayub al Ansori dimakamkan di kota Constantinopal, Turki, Abu Ubaidah al Jarrah syahid di Syam dan ribuan sahabat di makamkan di luar Mekah dan Madinah dalam usaha untuk menyampaikan Islam keseluruh muka bumi. Jika tidak dari usaha mereka, tidak sampailah Islam kepada kita pada hari ini. Syukur. Alhamdulillah. 








Ia adalah rantaian dakwah. Dakwah utk menyampaikan dimulai oleh Rasulullah, disambung oleh sahabat, disambung oleh tabi' tabi'n, disambung oleh tabi' tabi' tabi'n dan kemudian disambung oleh para alim ulama' hingga 1400 tahun lamanya akhirnya dakwah Islam itu sampai kepada kita hingga kita boleh mengucap kalimah syahadah. Dan adakah setelah Islam itu sampai kita nak sembunyikan kebenaran. Islam harus disampaikan. Dan rantaian ini pasti akan berterusan hingga ke hari kiamat. Pergh. Zalim sangat lah jika kita dah dapat Islam, tp tak nak sampaikan Islam itu. Nak Islam sendiri-sendiri jer. Mana boleh.!! 


Apa nak jawab depan nabi nanti.?? Kalau dapat jumpa nabi adakah iman ini sudah cukup untuk mengatakan kita adalah umat nabi Muhammad saw padahal langsung tak nak buat usaha dakwah. Ramai yang tahu bahawa nabi pernah bengkak-bengkak kaki dalam solat malam. Tapi jangan pernah lupa, bahawa pipi nabi yang mulia juga pernah mencurah-curah dengan darah kerana ditusuk dengan anak panah semasa perang uhud. Perjuangan nabi, adalah untuk memenangkan kebenaran.


Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan sehingga menjadilah agama itu seluruhnya bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan. (8:39)


Sebagai dai'e, dengan berpandukan al Quran dan as Sunnah, kita sudah memiliki matlamat yang jelas dalam menyampaikan Islam. Tugas dai'e adalah untuk menyampaikan kasih sayangnya kepada ummah. Sampaikanlah peringatan dakwah dengan bijaksana dan berhemah. Hubungan dengan Allah perlu kuat. Solat berjamaah di masjid atau surau pada awal waktu, solat sunat, qiamullil, tilawah quran, puasa sunat dan zikir-zikir itulah sumber kekuatan dai'e. Jalan ini secara fitrahnya akan susah, akan mendapat tentangan. Sedangkan Rasulullah dan para sahabat telah mendapat berbagai-bagai tentangan. Begitu juga perjuangan pada masa ini. Moga-moga dengan bersungguh-sungguhnya kita, Allah pilih kita untuk tetap thabat dalam perjuangan untuk menegakkan Islam ini dan syahid di jalan-Nya. Amin.


Dalam pada itu, jika kamu membelakangkan juga seruanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku kerana aku telah sampaikan kepada kamu apa yang telah diutus oleh Allah untuk menyampaikannya, dan Tuhanku akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang lain (setelah kamu dibinasakan); dan kamu pula tidak akan dapat membahayakanNya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemulihara tiap-tiap sesuatu." (11:57)




Jalan sebagai muslim yang bekerja. Berusahalah menjaga ikhlas. Perlu sentiasa perbaiki cara dakwah agar mudah diterima oleh masyarakat. Kene berlapang dada sesama penggerak dakwah. Perlu banyak sabar sebagaimana dalam surah al asr iaitu berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Sentiasa berbincang dengan golongan yang lebih berpengalaman dalam dakwah. Moga kita digolongkan sebagai golongan yang digantikan, tetapi kitalah yang menggantikan golongan sebelumnya. Sedarlah, jahiliyah masa kini amat memerlukan muslim yang bekerja demi tertegaknya Islam.




Buatlah yang terbaik kerana yang membezakan kita sesama manusia hanyalah taqwa.

Wallahua'lam.