Lama tak menulis, bertahun meninggalkan alam blogger, last post tahun 2014, tiga tahun lepas, masa tu baru habis degree, tiada tanggung jawab sangat, boleh fokus dengan tarbiyyah dan dakwah. Dalam seminggu tiap-tiap malam pasti penuh dengan perkara berfaedah, ikut usrah, bawa usrah, join program daurah dan lain-lain. Rasa seronok sgt bila dapat penuhi masa lapang dgn perkara berfaedah. Sebab aku tahu ada hadis dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Masa lapang sebelum masa sibuk, oleh itu aku berusaha bersungguh-sungguh memanfaatkan masa lapang ku. Selagi belum ada tanggung jawab ni buat la sehabis baik utk tarbiyyah dan dakwah.
Dan sampai suatu masa pastu kita kene move on dari zaman degree, mula mencari kerja tetap, kemudian mencari pasangan hidup. Ujian dan mehnah-mehnah sebagai manusia pasti ada. Ujian pertama, dapat kerja tak semestinya kerja itu sesuai dengan diri kita, banyak perkara kene consider, suasana kerja, politik di tempat kerja, perangai boss, perangan ofismate, gaji juga ada besar ada kecik. So ada lah beberapa kali aku melompat kerja, First kerja dpt kerja offshore, tp suasana kerja tak best, duk laut jer, jarang-jarang duk darat, ditambah pula politik tempat kerja, usrah mmg tak dapat nk pergi la, org kata biasalah kerja nk cari duit, gaji besar pastilah ada perkara lain yg perlu dikorbankan, iaitu tak hadir usrah berbulan-bulan. So aku decide utk cari kerja lain, then alhamdulillah dapat kerja di Singapura hingga hari ini, Kerja ok, at least duk darat, gaji better compared to Malaysia, tp tiap-tiap hari kene redah jam pergi dan balik, Aku naik motor sbb Vehicle Entry Permit (VEP) murah dlm 4SGD (RM12) compared to naik kereta tiap-tiap hari spend dlm 40SGD termasuk tol. So tiap-tiap harilah aku meredah selautan asap dari exzos motor, tolak motor 3-4 km utk mencari rezeki. Alhamdulillah dapat istiqamah hadir usrah tiap-tiap minggu. Dengan hadir usrahlah, akan ada yg memberi peringatan utk sentiasa menjaga iman, jaga amal fardhi. Biasalah manusia mudah lupa, so kene ada yg sudi mengingatkan dan tarik balik ke jalan yg benar jika terlupa.
Ujian kedua adalah ujian alam perkahwinan, bagi pemuda bujang rumah tangga adalah alam amat diidam-idamkan. Standart lah tengok yg seronok jer, ujian belum rasa. Batul muslim harus dibina "For The Sake Of Allah". Kene selalu perbetulkan niat, dalam apa-apa lah semuanya kerana Allah, dan Allah lah sebaik-baik perancang. Bila kene ujian ingatlah kenapa kahwin, muhasabah balik. Ujian macam-macam. Ujian duit lah common thing yg membuat ayah-ayah terasa hati ni mcm kene himpit, sebagai ketua keluarga kita nak beri yg terbaik buat family tersayang. Itu belum lagi conflik rumah tanggah. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini lagi kan orang yg kita baru-baru nak taaruf budi pekertinya. Apa yg disuka, apa yg tak disuka. Nasihat terbaik yg aku terima dari rakan seperjuangan pada hari pernikahanku adalah selamat bersabar. Kini aku mula memahami apa maksud nasihat itu. Dengan bersabar utk sustain dalam gerabak tarbiyah dan dakwah. Dengan hadirnya anak-anak yg comel juga membuat aku rasa berat cabaran. Ini masih kecil, bila bertambah umur, berbeza pula cabarannya. Cabaran utk membawa keluarga tersayang dalam suasana biah solehah. Sebagai ketua keluarga kita harus tunjuk contoh yg terbaik utk isteri dan anak-anak. Qiamullail, solat subuh berjamaah dan tadabbur quran menjadi indicator iman yg harus dimuhasabah tiap-tiap hari.
Semoga Allah mengampuni dosa-dosaku, isteriku, anak-anakku, ibu bapaku, ibu bapa mertuaku. Berikanlah rahmat kasih sayang Mu kepada keluargaku. Istiqamahkan lah hati-hati ini dalam jalan Islam.