Penyakit berjangkit dari darah bekam.
Sebagai juru bekam profesional, kami menjaga profesion kami agar pelanggang gembira dengan service kami. Terutama hal yang berkaitan kebersihan cup dan jarum yang digunakan mestilah jarum pakai buang.
Pihak KKM melalui Unit Perubatan Tradisional & Komplimentari telah mengeluarkan garis panduan bekam. Antaranya:
1) Peralatan untuk berbekam
a. Alat bekam - cawan
Cawan bekam tanpa perlu memanaskan udara sebelum diaplikasikan kepada pelanggan.
Cawan–cawan ini perlu disterilkan selepas setiap sesi rawatan, dan cawan yang sama tidak boleh tidak boleh digunakan pada tempat yang berbeza atau pada pelanggan yang lain.
Pastikan saiz cawan adalah bersesuaian dengan tempat yang akan diaplikasikan.
b. Lanset steril/ jarum pakai buang
Hanya lanset pakai buang sahaja yang digunakan untuk menoreh kulit semasa prosedur bekam basah dilakukan.
.
2) Amalan baik langkah berjaga-jaga
a. Pengamal dikehendaki memastikan standard langkah berjaga-jaga dalam penjagaan kesihatan sentiasa diikuti pada setiap masa dan semua pengurusan sisa klinikal perlulah mematuhi garis panduan pengurusan sisa klinikal (rujuk pada Garis Panduan Mengurus Sisa Klinikal di Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, 2009)
b. Bagi memastikan bahagian badan yang digunakan untuk rawatan bekam basah tidak
dijangkiti kuman, pengamal perlulah menggunakan lanset steril pakai buang.
c. Permukaan kulit di bahagian badan yang akan digunakan untuk bekam basah perlu dibersihkan terlebih dahulu dengan 70% isopropyl alcohol dan dibiarkan kering sebelum membuat torehan.
d. Semua peralatan bekam perlu dicuci hama dan disterilkan mengikut kaedah pensterilan dan disinfeksi yang bersesuaian sebelum digunakan pada pesakit.
e. Pengamal dikehendaki menggunakan peralatan perlindungan peribadi terutamanya sarung tangan semasa prosedur rawatan dan mesti memastikan tahap kebersihan diri sentiasa dijaga.
Justeru itu, kami dari pihak Pusat Bekam JB akan berusaha sebaiknya untuk menjaga kebersihan peralatan bekam untuk keselesaan dan kepuasan pelanggan kami.
Berminat untuk berbekam sila hubungi jurubekam kami di talian 013 652 6515
Kami juga menawarkan perkhidmatan bekam dan urut ke rumah anda.
Harga berbekam adalah seperti berikut,
Bekam
10 cup- RM50
20 cup- RM75
30 cup- RM100
Urut
30min- RM40
60min- Rm60
KEPUASAN SERVICE ADALAH KEUTAMAAN KAMI
Terima Kasih