Bismillah. Salam.
Hari ini aku nak share pengalaman aku mencari kebenaran. Alam jahiliyah, alam mengarut, alam enjoy. Siyes mula-mula nak buat benda-benda mengarut ni mmg best. Lagi pulak mengarut beramai-ramai. Biasala, benda-benda mengarut ni mmg ramai geng. Ops. Benda apa itu seharusnya tidak diceritakan. Benda tak elok tak perlu la nk bagitau. Jgn nk buka aib sendiri. Haha. Tapi, faham-faham saja la. Apa-apa pon lama kelamaan dalam jahiliyah ini aku rasa something wrong. Apa benda jer yang belum settle. Sampaikan suatu saat aku rasa bosan buat benda-benda mengarut. Alhamdulillah, Allah pilih aku utk merasa bosan dengan jahiliyah. Bertahun jugalah aku mencari kebenaran, benda apa yang tidak settle tu. Dan akhirnya, syukur Alhamdulillah aku jumpa. Aku sedar yang aku ada Allah yang maha besar untuk aku mengabdikan diri. Aku dijadikan dengan bersebab. Tujuan penciptaan manusia adalah untuk menjadi Muslim.
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (62:10)
Alhamdulillah. dalam mencari kebenaran itu, aku menjumpai jalan dakwah dan tarbiyah. Iaitu "Perbaiki dirimu dan serulah orang lain'.
Allah pelindung orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan kufuran kepada cahaya keimanan. (2:257)
Melalui jalan ini, aku mengenal adden. Aku mula memahami kesyumulan Islam. Kesyumulan yang memayungi tiap muslim. Kesyumulan yang membawa solusi kepada semua masalah umat. Segala kebejatan akhlak hanya dapat di rawat dengan kembali kepada Islam yang menyeluruh dan bukannya Islam yang separuh-separuh. Eh apa pulak Islam separuh-separuh ni.?? Islam main-main la. Sekejap baik, sekejap jahat. Ada masanya nk ikut suruhan Allah dan di masa yang lain pulak nk buat larangan Allah. Suka hati la tinggal solat. Boleh ambik rasuah. Boleh tindas orang yang lemah. Bagaimana Islam yang nabi saw bawa, begitulah Islam yang harus kita praktikkan.
Selain itu, pada pendapat aku la, Antara perkara yang memang best dalam jalan ini adalah aku mula mengenal erti ukhwah. Betapa perlunya tiap muslim untuk berukhwah kerana Allah. Bukannya berkawan sebab member tu hanya kawan sekelas atau sekerja. Kerana ukhwah fi sabilillah itu akan melahirkan mahabbah iaitu kasih sayang. Dan kasih sayang itu yang akan melahirkan kemanisan Iman. Sumpah bukan senang nak dapat kemanisan iman. Melalui hadis Halawatul Iman (kemanisan iman) ada tiga perkara yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kelazatan iman. Korang boleh Google sendiri untuk mendapatkan keseluruhan hadis. Salah satu antaranya adalah mencintai seseorang hanya kerana Allah. Bagi aku la, ukhwah fi sabilillah itu adalah aku sayang seseorang sampaikan aku nak masuk syurga sama-sama dan aku tak nak sahabat aku masuk meraka. Senang cerita, dalam jalan tarbiyah ini aku akan sentiasa dibimbing, di tegur jika membuat salah. Dan teguran itu bukanlah saja-saja nak mencari salah, tp teguran untuk sama-sama perbaiki diri. Siyes bukan senang kot nk jumpa sahabat yang sanggup datang bilik untuk bangunkan kita supaya solat subuh berjamaah sama-sama.
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah dari Rasulullah , beliau bersabda:
Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. (Riwayat Bukhori dan Muslim)
Mencintai sahabat, semoga kita tergolong sebagai orang yang benar-benar beriman. Setinggi-tinggi ukhwah adalah Itsar dan serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada. Itsar itu apa eh.? Boleh Google eh utk mendapatkan menerangan yang panjang lebar. Haha Dan dijalan ini, dalam dakapan ukhwah kami bersama-sama berusrah, berdaurah, bermukhiyam dan lain-lain. Nak tahu keseronokan tarbiyah, kene join sendiri la. Haha.
Perbaiki diri kamu dan serulah orang lain. Ia adalah kata-kata Iman Hassan al Banna. Persiapkan diri kamu dengan tarbiyah yang mantap dan serulah masyarakat kepada kebaikan dan kebenaran.
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (41:33)
Sat-sat, jawap soalan ni dulu. Apakah perbezaan islam dan Islam.?? Apakah perbezaan muslim dan Muslim?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Haha. Muslim huruf kecil dan muslim huruf besar. Ia menunjuk perbezaan antara kata kerja dan kata nama. Seharusnya penggunaan mana yang lebih tepat bagi penggunaan 'I' atau 'i' bagi perkataan Islam.? Once, kita mengucap kata-kata syahadah, kita dengan sah adalah muslim yang perlu bekerja. Bekerja untuk apa.. bekerja Islamlah. menyampaikan kebenaran al haq. Ammar ma'ruf dan nahi mungkar. Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah persuruh Allah. Kita lihat bagaimana sahabat mamahami erti syahadah itu. Para sahabat berjihad dan berdakwah keluar dari Mekah dan Madinah. Saad bin Abi Waqas syahid di Guangzhou, China, Abu Ayub al Ansori dimakamkan di kota Constantinopal, Turki, Abu Ubaidah al Jarrah syahid di Syam dan ribuan sahabat di makamkan di luar Mekah dan Madinah dalam usaha untuk menyampaikan Islam keseluruh muka bumi. Jika tidak dari usaha mereka, tidak sampailah Islam kepada kita pada hari ini. Syukur. Alhamdulillah.
Ia adalah rantaian dakwah. Dakwah utk menyampaikan dimulai oleh Rasulullah, disambung oleh sahabat, disambung oleh tabi' tabi'n, disambung oleh tabi' tabi' tabi'n dan kemudian disambung oleh para alim ulama' hingga 1400 tahun lamanya akhirnya dakwah Islam itu sampai kepada kita hingga kita boleh mengucap kalimah syahadah. Dan adakah setelah Islam itu sampai kita nak sembunyikan kebenaran. Islam harus disampaikan. Dan rantaian ini pasti akan berterusan hingga ke hari kiamat. Pergh. Zalim sangat lah jika kita dah dapat Islam, tp tak nak sampaikan Islam itu. Nak Islam sendiri-sendiri jer. Mana boleh.!!
Apa nak jawab depan nabi nanti.?? Kalau dapat jumpa nabi adakah iman ini sudah cukup untuk mengatakan kita adalah umat nabi Muhammad saw padahal langsung tak nak buat usaha dakwah. Ramai yang tahu bahawa nabi pernah bengkak-bengkak kaki dalam solat malam. Tapi jangan pernah lupa, bahawa pipi nabi yang mulia juga pernah mencurah-curah dengan darah kerana ditusuk dengan anak panah semasa perang uhud. Perjuangan nabi, adalah untuk memenangkan kebenaran.
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan sehingga menjadilah agama itu seluruhnya bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan. (8:39)
Sebagai dai'e, dengan berpandukan al Quran dan as Sunnah, kita sudah memiliki matlamat yang jelas dalam menyampaikan Islam. Tugas dai'e adalah untuk menyampaikan kasih sayangnya kepada ummah. Sampaikanlah peringatan dakwah dengan bijaksana dan berhemah. Hubungan dengan Allah perlu kuat. Solat berjamaah di masjid atau surau pada awal waktu, solat sunat, qiamullil, tilawah quran, puasa sunat dan zikir-zikir itulah sumber kekuatan dai'e. Jalan ini secara fitrahnya akan susah, akan mendapat tentangan. Sedangkan Rasulullah dan para sahabat telah mendapat berbagai-bagai tentangan. Begitu juga perjuangan pada masa ini. Moga-moga dengan bersungguh-sungguhnya kita, Allah pilih kita untuk tetap thabat dalam perjuangan untuk menegakkan Islam ini dan syahid di jalan-Nya. Amin.
Dalam pada itu, jika kamu membelakangkan juga seruanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku kerana aku telah sampaikan kepada kamu apa yang telah diutus oleh Allah untuk menyampaikannya, dan Tuhanku akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang lain (setelah kamu dibinasakan); dan kamu pula tidak akan dapat membahayakanNya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemulihara tiap-tiap sesuatu." (11:57)
Jalan sebagai muslim yang bekerja. Berusahalah menjaga ikhlas. Perlu sentiasa perbaiki cara dakwah agar mudah diterima oleh masyarakat. Kene berlapang dada sesama penggerak dakwah. Perlu banyak sabar sebagaimana dalam surah al asr iaitu berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Sentiasa berbincang dengan golongan yang lebih berpengalaman dalam dakwah. Moga kita digolongkan sebagai golongan yang digantikan, tetapi kitalah yang menggantikan golongan sebelumnya. Sedarlah, jahiliyah masa kini amat memerlukan muslim yang bekerja demi tertegaknya Islam.
Buatlah yang terbaik kerana yang membezakan kita sesama manusia hanyalah taqwa.
Wallahua'lam.