Assalamualaikum
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) yang mendekatkan diri kepada- Nya dan berjihadlah pada jalan-Nya semoga kamu beroleh kejayaan.
[al-Ma`idah 5:35]
Ayat diatas adalah seruan kepada orang-orang yang mengaku telah beriman kepada Allah. Setelah dibaca ayat ini, adakah kita rasa terpanggil untuk menyahut seruan ayat ini. Ke tidak ada apa-apa perasaan. Jika perasan, ia merupakan gelaran. Sebagai contoh, gelaran doktor, jika seseorang memanggil doktor di hospital atau klinik, dengan pastinya hanya doktor yang akan menyahut seruan itu. Jadinya, adakah kita terpanggil dengan seruan sebagai seorang yang beriman atau kita langsung tidak rasa terpanggil dengan seruan itu. Teeet. Tepuk dada tanya iman.
Bertaqwalah dan carilah wasilah untuk mendekatkan diri kepadaNya. Keaadaan ummat Islam pada zaman ini amat tenat. Kita dipandang lemah, mudah-mudah sahaja negara ummat Islam diserang, ditawan oleh musuh-musuh Islam. Palestine, Afganistan, Syria, Myanmar, Bangladesh dan Mesir menjadi saksi kepada jutaan darah ummat mengalir tanpa kasihan. Lihat sahaja di Youtube, ummat Islam kita dibunuh dengan cara dibakar, ditanam hidup-hidup, dipukul, kulit disiat, anggota badan dipotong-potong untuk menyiksa dan ada juga wanita yang dirogol dihadapan suami dan anak-anak.
Apakah perasaan kita.?? Lantaklah mereka, Malaysia masih aman. Okey fine. Cer balik iman kita. Kembali kepada Quran dan As-sunnah. Lihat sebuah hadis yang amat mashyur yang telah dipilih oleh Imam Nawawi untuk dimasukkan dalam buku Hadis 40 beliau. Hadis ke 13.
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda
bersabda : "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. "
( Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim. )
Maka jelaslah, jika kita merasakan lantaklah mereka. Something wrong dengan iman kita. Pernah juga borak-borak dengan sahabat yang baru balik dari misi kemanusiaan Palestin. Peringatan yang tidak disangka-sangka. Ummat Islam Palestin menyatakan bahawa kami tidak memerlukan kamu untuk berjihad disini, tetapi jihad kamu yang utama adalah di Malaysia untuk menyampaikan kebenaran Islam dan juga menyedarkan mereka mengenai masalah ummah kita pada hari ini.
Makin ramai ummat Islam yang sudah jauh dari taqwa.! Pergilah mana-mana jabatan kerajaan mahupun swasta, yakin dan pastinya ada yang tanpa segan silu untuk tidak solat. Kalau solat subuh terlepas macam tidaklah jelas sangat dosa itu, tapi kalau zohor dan asar tengok staf-staf lain semua pergi solat pon buat tidak kisah. Dijadikan indah perbuatan dosa itu. Bangga dengan maksiat. MasyaAllah. Belum lagi puasa Ramadhan, zakat dan ibadah wajib yang lain. Pergh.. Banyak sangat kerja kita untuk menyelesaikan masalah ummah. Tugas da'ie adalah seperti lampu yang menerangi ummah untuk menyampaikan cahayanya dahulu melalui akhlah yang terpuji sebelum bunyi.
Tugas kita sebagai khalifah dimuka bumi ini adalah untuk berusaha sebaiknya dengan bijaksana agar mereka menjumpai wasilah yang sesuai untuk mendekatkan diri kepada Allah. Membina iman mereka supaya mengenali Allah. Senang cerita mengubah mereka dari jahat kepada baik dan dari baik kepada muslim yang lebih baik. Dengar macam best jer tugas da'ie ni. Tapi percayalah tugas yang best ini amat berat, hanya manusia terpilih untuk memikulnya. Sebagaimana buku sirah nabi Raheek Makhtum ada merakamkan bahawa Rasulullah pernah disuruh berhenti dari dakwah oleh pakcik yang amat berusaha bersungguh-sungguh untuk melindunginya dari kekejaman kafir quraish mekah kepada anak buahnya itu. Disaat genting itu, Rasulullah yang amat kita cintai mengatakan jika matahari di tangan kananku dan bulan ditangan kiriku, sekali-kali tidak akan ku tinggalkan dakwah ini.
Lihatlah, Alhamdulillah dengan kesungguhan dakwah nabi itu, sampailah Islam yang mulia ini kepada kita, Adalah setelah Islam dan taqwa masuk dalam hati ini kita hanya mahu simpan untuk diri sendiri.? Kejam dan zalim kita. Zalim kepada siapa.? Bukan hanya zalim kepada diri sendiri, tapi kepada ummah Islam yang telah hilang khilafah. Jutaan ummah Islam merana kerana kita tidak mahu menjadi golongan yang menyampaikan kebenaran atau hanya menjadi da'ie yang bermain-main dalam dakwahnya. Ya aiyuhal syabab. Kum Faanfil. Maksudnya, bangunlah dan berikan peringatan. Peringatan itu, bukan hanya untuk mereka yang sedang tidur, tetapi mereka yang sedang lepak-lepak main game, tengok bola dan yang sedang bersenang-senang. Jom semangat pemuda. Bangun. bangun. bangunlah. Syurga menanti.
Dan berjihadlah kepadaNya, semoga kamu beroleh kejayaan. Kemenangan Islam itu adalah janji Allah. Ia pasti, dan pasti berlaku sebelum tibanya hari pengakhiran. bahtera kemenangan itu sedang menuju destinasinya untuk memenangkan Islam, seorang khalifah akan dilantik untuk menjadi pimpinan ummat Islam sebagaimana Rasulullah dan Khalifah Ar Rasyidin memimpin ummat Islam dengan adil. Adakah kita hanya akan lepak-lepak bersuka ria dalam bahtera.? Atau kitalah yang menjadi golongan pendayung bahtera, mungkin kini istilah yang lebih update adalah anak kapal yang mengerjakan kapal supaya dapat bergerak.
Sebagai pengakhiran penulisan ini, bekerjalah dengan bersungguh-sungguh. Tugas da'ie adalah menyampaikan kasih sayangnya kepada umat dan bukannya sebagai penghukum.
Sekian. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment