Thursday, 12 December 2013

Membina mukmin sejati.!



Assalamualaikum.

Tarbiyah amat penting. Kita lihat kisah sahabat nabi yang amat luar biasa kehebatan jahiliyahnya sebelum memeluk Islam. Mungkin sehebat mana jahiliyah yang pernah kita lakukan, sebesar mana dosa lama kita, masih tidak berjaya menandingi jahiliyah beliau. Beliau pernah bunuh anak kesayangan dengan tanam hidup-hidup kerana malu dengan bangsa arab Quraish kerana memiliki anak perempuan, beliau jugalah gengster di Mekah, mendengar namanya cukup membuatkan orang arab menjadi cuak dan jahiliyahnya yang paling gempak adalah pernah bercita-cita untuk membunuh nabi utusan Allah. Beliau adalah Umar al-Farouq khlifah ar rasyidin kedua dan juga terpilih antara 10 sahabat nabi yang dijamin untuk masuk syurga Allah.

Walaupun beliau agak sedikit terlewat memeluk Islam berbanding sahabat lain yang telah terpilih untuk menerima hidayah Islam semasa 3 tahun dakwah secara rahsia tetapi sejak dari awal dakwah nabi memang telah terget Umar untuk terima dakwah nabi. Nabi saw pernah berdoa “Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan salah seorang dari dua Umar” iaitu Umar bin Khattab atau ‘Amru bin Hisyam (Abu Jahal). Umar bin Khattab r.a. telah terpilih antara 2 Umar itu.Sayyidina Umar adalah orang yang ke-empat puluh masuk Islam.

Dan sejak pengislaman Umar, kuatlah Islam. Tapi apa yang menarik untuk dikongsikan adalah bagaimana Umar boleh bertukar 180 degree. Jahat yang teramat kepada baik yang teramat. Bagaimana cara Rasulullah mentarbiyah beliau. Umar asalnya seorang yang bengis dan garang boleh berhijrah akhlak peribadinya kepada seorang yang amat berkasih sayang sesama muslim dan tetap tegas kepada kafir quraish yang menentang dakwah nabi. Jom kita renung hadis nabi ini,



“Manusia seperti logam. Hebatnya mereka semasa jahiliyah, hebat juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham.”
(Sahih Bukhari)

Kita tadabbur hadis ini. Manusia itu logam. Erk. Apa hal? Mcm pelik jer. Manusia seperti logam. Apa kaitannya? Huh. Berpeluh dahi memikirkannya. Percayalah. Ada kaitannya. Kita semua pernah belajar sainskn. At least mase sekolah dulukan. Kalau sesiapa yang ambil jurusan mekanikal engineering ni comfirm boleh hurai panjang lebar tentang sifat logam. Besi mestilah keras sifatnya. Itu jer k.? Kita berfikir jauh lagi. Berfikir dan fikir. Logam itu adalah pengalir haba yang baik, pengalir arus elektrik yang baik, boleh ditarik dengan menggunakan megnet dan lain-lain. Ok. Kita try ambil satu sifat yang paling best. Pengalir haba yang baik. Boleh mengembang jika dipanaskan dan mengecil jika diletak dalam suhu yang rendah. Point yang nak disampaikan adalah logam itu boleh dibentuk. Tukang besi boleh melenturkan dan membentuk logam itu setalah dicairkan. Tetapi untuk membentuk logam itu perlu dikenakan dengan suhu yang sesuai. Api tidak beleh terlalu panas atau suhu tidak cukup panas. Suhu kena tepat. Sama jaga dengan hati manusia. Jika mahu mengubah hati manusia, pendekatan yang tepat dan bijaksana harus digunakan dalam menyampaikan kebenaran.

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (An-Nahl: 125)





Untuk lebih mudah difahami, insyaAllah dengan proses pembuatan pedang dari logam mentah. Logam mentah yang berketul-ketul dicairkan dengan suhu yang sesuai dan kemudian cairan tersebut akan dituang kedalam acuan pedang, dibiarkan sejuk, setelah mengeras ia akan direndam ke dalam air untuk desejukkan dan akhirnya akan diasah tajam. Begitu juga da'ie dalam jalan dakwah. Da'ie harus bijak mengenali mad'u agar nasihat yang hendak diberi sesuai dengan level penerimaan mereka. Setelah mad'u menerima ajakan dakwah, da'ie harus bersama-sama mereka untuk mangasah iman dan taqwa. Kita lihat, bagaimana iman dan taqwa para sabahat.? Hasil dari tarbiyah secara terus dari Rasulullah yang telah menggunakan pendekatan yang paling sesuai agar orang arab quraish dapat menerima seruan dakwah. Dan hasil dari pembinaan yang terperinci ini, bangsa arab jahiliyah berjaya menawan empayar Rom dan Parsi selapas 40 tahun kemunculan Islam. Pada asalnya tiada siapapun pernah terfikir Rom dan Pasri akan jatuh ke tangan Islam. Dakwah itu bertahap dan akhirnya menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

Hebatnya mereka semasa jahiliyah, hebat juga mereka semasa Islam. Bukan hanya umar, kita hayati kisah khalid al walid, hamzah, ikrimah bin abu jahal, abu ubaidah, saad bin abi waqas. Mereka adalah nama-nama hebat dari golongan bangsawan arab quraish. Dulu mereka hebat masa jahiliyah, dan mereka tetap menggunakan kehebatan mereka itu untuk Islam. Yang pastinya setiap manusia ada potensi tersendiri, ada kehebatan tersendiri yang wajib digunakan untuk Islam. Jika seseorang itu ada kepakaran dalam kejuruteraan, maka fikir-fikirkanlah bagaimana untuk menyumbang kepada Islam, Begitu juga bidang professional yang lain seperti doktor, polis, tentera, guru, peniaga dan etc. Gunakan sebagai medan untuk menyampaikan Islam. Paling tidakpon, gunakan hasil dari gaji itu sumbangkanlah untuk Islam. Percayalah, suadara kita di Palestine dan Syria amat memerlukan bantuan dari kita. Sedarlah bahawa kita yang berhutang kepada pejuang-pejuang di Palestin kerana mereka tolong pertahankan masjid al aqsa untuk kita. Al Aqsa adalah hak umat Islam dan 'we have done nothing'. Cukupkah dengan hanya melihat..??



Tetapi, tidaklah hanya sesuka hati untuk menbina hati untuk menyumbang kepada Islam. Kalimah akhir dalam hadis diatas adalah 'jika faham'. Ertinya untuk mengubah hati, perlunya penanaman kepada kefahaman dalam ad deen itu sendiri. Quran yang diturunkan kepada umat manusia bukan hanya untuk dibaca, tetapi untuk ditadabbur, dihayati dan diamalkan. Dengan itu barulah quran mampu mengubah hati manusia untuk benar-benar berada atas landasan Islam

"Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam" (QS 6:162)


Moga ditetapkan hati ini agar sentiasa istiqamah dalam Islam. 
Wallahua'lam. Sekian

No comments:

Post a Comment